hi bloggers...semasa menjaga suami di hospital, saya terjumpa pamplet tentang panduan solat buat pesakit...solat itu fardhu wajib dikerjakan walaupun sakit...sangat bermanfaat untuk dikongsi...
Panduan berwudhuk untuk pesakit
1) Basuh muka beserta niat wudhu', semua bahagian muka diratai air. Balutan di muka yang sukar dibuka atau memudharatkan jika dibuka memadai hanya disapu air di atasnya
2) Basuh kedua tangan hingga ke siku. Balutan di tangan yang sukar dibuka atau memudharatkan jika dibuka memadai hanya disapu air di atasnya
3) sapu air di kepala. Balutan di keseluruhan kepala yang sukar dibuka atau memudharatkan jika dibuka memadai hanya disapu air di atasnya
4) basuh kedua kaki hingga meliputi 2 buku lali, balutan di kaki yang sukar dibuka atau memudharatkan jika dibuka memadai hanya disapu air di atasnya
Panduan bertayamum untuk pesakit
Sebab-sebab diharuskan bertayamum
1) tiada air atau air hanya cukup untuk makan dan minum sahaja
2) apabila penggunaan air memudharatkan
3) apabila ada tampalan atau balutan simen pada anggota wudhu
Bahan untuk bertayamum
1) debu tanah
2) bahan yang suci daripada muka bumi
3) batu, garam bukit
Cara bertayamum
1) tepuk dua tangan pada bahan tayamum dan berniat ketika memindahkan bahan tersebut sehingga menyentuh muka
2) sapu dan ratakan bahan tayamum ke muka
3) buang saki baki yag ada di tangan
4) tepuk dua tangan pada bahan tayamum sekali lagi
5) sapu bahan tayamum di tapak tangan kiri ke kanan begitu juga tapak tangan kiri ke kanan
Panduan solat untuk pesakit
Solatlah ikut kemampuan...jika mampu solat duduk, duduklah, jika mampu mengiring, mengiringlah...jika badan tidak mampu bergerak, cukuplah dengan kerdipan mata...lihat gambar yang saya sertakan...betapa Islam itu mudah
No comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana meninggalkan komen. Jangan serik untuk singgah lagi ke blog ini