Followers

DISCLAIMER

Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan


Friday, September 4, 2015

JANGAN BERDUSTA DENGAN NAMA RASULULLAH

Assalamualaikum...
hi bloggers...
kebelakangan ni banyak sangat hadis yang dishare di media sosial...entahkan hadis tu betul entahkan hadis tu dhaif dari segi perawinya...lagipun akhir2 zaman ni fitnah berleluasa sehingga ada yang sanggup menggunakan hadis nabi untuk melepaskan diri...dulu di sekolah ambil Al-quran dan Assunnah, sayangnya hanya di peringkat tingkatan 4 dan 5 dan tak disambung di peringkat ijazah...




[KEMPEN SEMAK HADIS SEBELUM SEBAR]

Ali: Ni kempen apa ni?

Abu: Kempen semak hadis sebelum sebar. Kita kena jaga jangan tersebar hadis palsu.

Ali: Habis tu kau nak lawan hadis nabi saw yang sebut

بَلِّغُوا عَنِّي وَلَوْ آيَةً

sampaikan daripada ku walau 1 ayat.

Asyik nak semak je, bila nak sebar?

Abu: Alhamdulillah, betul hadis tu, tetapi kenapa kau baca separuh sahaja. Cuba kau baca hujung hadis tu.

Ali: Aku mana hafaz hadis. Kenapa dengan hujung hadis tu?

Abu: Mai sini, aku buka dekat internet, ini website www.sunnah.com

Hah tengok aku search perkataan

 بَلِّغُوا عَنِّي وَلَوْ آيَةً

Dah dapat pun.

Ali: Mana?

Abu: Ni, kau tengok, dalam Sahih al-Bukhari, Kitab Ahadis al-Anbiya', Bab Ma Dzukira 'An Bani Israel, hadis no: 3461. Cuba kau baca awal dan hujung hadis.

Abu: Okey, aku baca kau dengar ya.

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو، أَنَّ النَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم قَالَ  " بَلِّغُوا عَنِّي وَلَوْ آيَةً، وَحَدِّثُوا عَنْ بَنِي إِسْرَائِيلَ وَلاَ حَرَجَ، وَمَنْ كَذَبَ عَلَىَّ مُتَعَمِّدًا فَلْيَتَبَوَّأْ مَقْعَدَهُ مِنَ النَّارِ

Daripada 'Abdullah bin 'Amru', bahawa Nabi sallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

Sampaikan daripada ku walau 1 ayat. Ceritakanlah kisah daripada bani Israel, tidak salah melakukannya. Sesiapa yang berdusta ke atas ku dengan sengaja, maka tempahlah tempatnya di neraka.

Ali: Nah, faham kan. Nabi sallallahu 'alaihi wasallam suruh sampaikan, tetapi jangan berdusta.

Abu: Tetapi aku bukan sengaja. Aku dengan orang kata, aku sampaikanlah. Bukan aku ada niat nak menipu guna nama Nabi sallallahu 'alaihi wasallam.

Ali: Okey, ni kita pi balik dekat web www.sunnah.com tu, kita buka Sahih Muslim, pergi dekat bahagian muqaddimah, tengok apa riwayat yang Imam Muslim bawakan.

Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

لاَ تَكْذِبُوا عَلَىَّ فَإِنَّهُ مَنْ يَكْذِبْ عَلَىَّ يَلِجِ النَّارَ

Janganlah berdusta menggunakan diri ku, sesungguhnya sesiapa yang berdusta menggunakan diri ku nescaya akan masuk neraka [hadis no:2]

مَنْ كَذَبَ عَلَىَّ مُتَعَمِّدًا فَلْيَتَبَوَّأْ مَقْعَدَهُ مِنَ النَّارِ

Sesiapa yang dengan sengaja berdusta menggunakan diri ku, maka dia menempah tempat duduk dalam neraka [hadis no: 4]

كَفَى بِالْمَرْءِ كَذِبًا أَنْ يُحَدِّثَ بِكُلِّ مَا سَمِعَ

Cukuplah seseorang dianggap berdusta apabila dia menyampaikan setiap apa yang dia dengar [hadis no: 7]

Abu: Ooooo. Susahlah macam tu.

Ali: Tak susah. Sebarkan yang pasti sahaja la. Ni aku dah tunjuk kat engkau www.sunnah.com, kau gunalah sebaiknya. Ambil hadis-hadis Sahih al-Bukhari, Muslim yang ada.

Abu: Ooo, bagus juga web ni. Terima kasih Ali.

Ali: Kasih mu ku terima.

Abu: Ish, kasih ku buat isteri ku sahaja. Aku 'straight' okey!

Ali: Hahahah.

*Ulama membahaskan maksud tidak salah menyebarkan cerita daripada Bani Israel. Antara syaratnya ialah hendaklah ia tidak menyalahi al-Quran dan as-Sunnah.

*Al-Hafiz Ibn Hajar menyebutkan dalam Fathul Bari:

 وَقَدِ اتَّفَقَ الْعُلَمَاءُ عَلَى تَغْلِيظِ الْكَذِبِ عَلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَأَنَّهُ مِنَ الْكَبَائِرِ

Ulama telah bersepakat tentang seriusnya pendustaan ke atas Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam dan ia merupakan sebahagian daripada dosa-dosa besar.

| www.fb.com/AlkahfiServices | www.alkahfi.com.my |

#BroSyariefShares

3 comments:

  1. minta simpang la kot2 terkata pa pa

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul...berhati-hati bila nak berkongsi hadis

      Delete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana meninggalkan komen. Jangan serik untuk singgah lagi ke blog ini

Popular Posts

CADANGAN SUPLEMEN UNTUK SEMUA MASYARAKAT

Anti – Aging
Vivix

Anti- Oxidant

Carotomax,Vitamin C, Vitamin E, Vivix

Asma, Sinus (Resdung),Alergik, (Gegata), Ekzema
Alfalfa,Vitamin B Complex, Vitamin C { ( + Herbal Blend) untuk Ekzema}

Set Menyusu
Vita-Lea,Vitamin B Complex, Vitamin C, Alfalfa, ESP, Ostematrix, Omega Guard, PD

Kesihatan Kanak-kanak
Chewable Vita-Lea, Chewable Vitamin C, Omega Guard, Mealshake

Set Pantang
Vita-Lea,Vitamin B- Complex, Vitamin C, Zinc, Vitamin E, ESP,

Set Diabetis
GLA – Complex, Vitamin C, Vivix, Zink, CoQ Health, Vitalea, ESP

Set Gout
PD, Omega Guard, Alfalfa

Set Penggiat Imun
Nutriferon, Vivix, Vit C, coQ Health

Set Darah Tinggi
Omega Guard, CoQ Health, Garlic

Kesihatan Lelaki
Vita– lea, Vitamin B – Complex, Vitamin C, Vitamin E, Ostematrix, Omega Guard, PD

Wanita Mengandung
Vita– Lea, Vitamin B- Complex, Vitamin C, ESP, Ostematrix, Omega Guard

Rawatan Kulit
Vitamin B – Complex, Vitamin C, Vitamin E, ESP, Ostematrix, Vivix

Set Pengurusan Berat
Lecithin, Cinch Shake Mix, Cinch Energy Tea Mix

Individu Yang Tidak Meminati Tablet atau kapsul
Mealshake, Cinch, ESP, Vivix, Nutriferon

Search