hi bloggers...
mungkin ada yang tertunggu sambungan slot sirah nabi...
memang hari Ahad adalah hari sirah...
Sudah menjadi kebanggaan masyarakat Arab mempunyai anak lelaki yang ramai.
Ketika itu Abdul Mutalib hanya mempunyai seorang anak lelaki iaitu Al-Harith, Abdul Mutalib kemudiaannya bernazar untuk mengorbankan seorang anak lelaki jika Tuhan memberinya 10 orang anak lelaki. Dengan kuasa Allah, Abdul Mutalib dikurniakan 10 orang anak lelaki dan 6 orang anak perempuan.
Abdul Mutalib pergi ke kaabah untuk mencabut nama anak yang perlu dikorbankan. 3 kali undi dicabut & 3 kali nama Abdullah terpilih. Abdul Mutalib berasa sangat sedih dan risau kerana Abdullah adalah anak yang paling disayanginya.
Abdul Mutalib telah berjumpa dengan ahli sihir wanita dan akhirnya mengorbankan 100 ekor unta sebagai tebusan agar Abdullah tak dikorbankan.
Maka, Nabi Muhammad adalah hasil 2 korban yang tak menjadi yakni korban Nabi Ismail dan Abdullah
TQ for sharing..
ReplyDelete