Assalamualaikum...
hi bloggers...lambat pulak bersiaran harini...
ada yang bertanya kat mana saya boleh pergi waktu malam di JB?
almaklumlah kadang-kadang masing-masing ada kursus ke... melawat sedara ke...
di sini saya nak kongsikan 7 lokasi wajib pergi pada waktu malam di JB...
Memang happening lah...
1) BAZAR KARAT @ BAZAR JB
terletak sepanjang Jalan Sg. Segget berdekatan dengan Galeria Kotaraya...kira macam uptown...
jual macam2...sebut je nak cari apa...
dari baju, seluar, shawl, alat elektonik, mainan kanak-kanak, viper, stoking, binatang peliharaan, jam tangan...pendek kata macam-macam ada...
ada yang barangan baru...ada yang barangan second
ada yang tiruan, ada yang original
dan yang paling best boleh tawar menawar...
dibuka setiap malam, dari pukul 6 petang hingga 2 pagi...
gambar: cik Google
2) PASAR BORONG PANDAN
lebih kurang macam bazar karat cuma pasar borong Pandan ni kedai-kedainya di bawah bangunan berbumbung...jadi tak kisah kalau di luar hujan atau panas...selamat...barang-barang yang di jual lebih kepada pakaian, alat elektronik, dvd, makanan basah memang jadi tumpuan lagi2 time nak raya...orang singapore pun suke bershopping di sini...boleh tawar menawar juga...jangan tak tawar ye...dibuka bermula pukul 6 petang sehingga 2 pagi...makin malam makin happening
gambar : cik Google
3) DANGA BAY THEME PARK
Boleh main funfair yang beroperasi setiap malam...boleh juga mengayuh
basikal mengelilingi kawasan Danga Bay...ataupun naik keretapi
mengelilingi kawasan Danga Bay...ada petting zoo...memang sangat sesuai
untuk bawa seisi keluarga untuk beriadah...
4) TASIK MERDEKA JB
Tarikan terbaru selepas perkahwinan Tengku Mahkota ialah air pancut berirama dan berlampu di Tasik Merdeka JB...memang leka melihat pertunjukan ni...sambil dengar lagu, sambil layan air pancut yang mengikut irama...FREE je tau...boleh duduk dalam kereta sambil menikmati pemandangan...pertunjukan ini setiap malam...FREE je...
5) ISTANA (LAMAN MAHKOTA BERLAMPU)
Ni pun salah satu tarikan baru iaitu Laman Mahkota yang berlampu di depan pintu masuk istana...memang ramai yang berhenti dan ingin mengabadikan gambar mahkota...memang cantik berkilau-kilau
6) LALUAN BERLAMPU DEPAN PEJABAT POS BESAR JB (BERHAMPIRAN DENGAN BAZAR KARAT)
boleh juga jalan depan pejabat pos...lalu di bawah laluan berlampu yang bertukar-tukar corak setiap saat...sebelum ni gambar bunga...memang cantik
7) DATARAN JB
kadang-kadang ada tayangan di dataran JB...bolehlah duduk di situ di samping mencuba makan yang tau fu yang dijual
moga tips kalini bermanfaat
Salam kemerdekaan !! :)
ReplyDeletesalam kemerdekaan backdated huhu
ReplyDelete