Followers

DISCLAIMER

Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan


Friday, August 28, 2015

SAYA NAK HAMIL...

Assalamualaikum...hi bloggers...

teringat kata-kata seorang sahabat apabila saya buat moderasi sejarah di sekolahnya baru-baru ni...saya bercerita dengan dia saya sedang berusaha untuk mengandung...dan balasannya teruskan usaha...saya sokong 100 % sahabat ni dah ada dua orang anak, dan lama 6 tahun barulah ditakdirkan Allah untuk bakal menimang anak ke3 (sedang mengandung sekarang ni) dia cerita dia pun usaha macam2 nak dapat yang ketiga ni...alhamdulillah...dan anak keduanya tak sabar nak tunggu adik...bila baby nak lahir ni? sahabat saya jawab tahun depan...lamanya setahun nak tunggu hehehe

ni lanjutan daripada post saya sebelum ni tentang proses kehamilan saya nah baca kat sini...setelah buat IUI, doktor bagikan ubat asid folik dan 1 lg ubat untuk kesuburan...tapi prosesnya agak lama sebelum sampel sperma suami dapat dimasukkan ke dalam tubuh isteri...ambil masa separuh hari saya berada di hospital...tapi trust me, memang kena kuat fizikal n mental time buat IUI...baru faham pesanan kawan2 kepada kawan2 yang nak bersalin...jangan sekali2 angkat punggung...awak tak faham? takpelah...nanti awak akan faham



ye betul saya dan suami dah berkahwin 5 tahun...dan saya tak pernah gugur atau dengan kata lain saya tak pernah diberitakan hamil pun...saya nak ingatkan yang senasib dengan saya di luar sana, kita selalu kata hanya yang mengalami yang faham perasaan bilamana balik kampung orang tanya eh tak mengandung lagi? eh blom ada anak, kan dah lama korang kawin? sakit tuh di sini DEEP... tapi apa yang kita buat? apa usaha kita suami isteri untuk dapat anak? kalau kita tak buat apa2 selama itulah pertanyaan itu akan menerjah telinga kita...

mungkin ada yang kata saya dah berdoa...so kita tunggu jelah Allah kurniakan rezeki anak tu...no no no...bukan saya tak percaya pada kuasa doa tapi Allah suruh kita berusaha, selain berdoa kena berusaha...USAHA + DOA + TAWAKAL = BERJAYA kalau cuba 1 produk orang kata berkesan, lepastu bila tak jadi bila tak pregnant, putus asa...dahla kita tunggu je...dan prosesnya start semula bila orang tanya sedih sedih...don't give up dont't give up...keep on trying...manusia yang suka berputus asa, saudara syaitan...syaitan suka kita tak berusaha...syaitan suka kita berserah sahaja pada takdir...dan jangan sekali-kali kata KALAUlah saya kawin awal mungkin saya dah dapat anak sekarang...KALAUlah dulu saya ada anak, mesti anak saya dah besar macam ni...berdiri atas rialiti..jangan berKALAU-KALAU...kerana seolah-olah kita tak bersyukur dengan apa yang kita ada sekarang...seolah-olah kita menyalahkan takdir...seolah-olah kita menyalahkan Allah...sebab kita tahu yang KALAU tu memang tak jadi...memang tak pernah ada...

usaha yang pertama yang mungkin sis boleh lakukan ialah MEDICAL CHECK UP...yes pergilah berjumpa doktor...bawak sekali cik suami untuk buat rawatan...letak tepi ego masing-masing...jika cik suami tak mahu (banyakkan berdoa moga dilembutkan hatinya) kerana suami saya pun begitu pada awalnya tapi Alhamdulillah kami berjaya sampai ke peringkat buat IUI...samada proses tu berjaya atau tidak, kita tawakal lah...bukan nak cari salah siapa...kita nak cari penyelesaian bersama...bila dah tahu masalahnya, barulah mudah untuk kita mencari penyelesaian...sekarang ni, kita tak tahu apa masalah utamanya dan mungkin sebab itu ubat atau apa saja yang kita cuba masih belum berjaya...

tips yang kedua, bila orang tanya bila nak ada anak ni? bila nak tambah lagi ni? bila si abang nak dapat anak ni? jangan jawab BELUM REZEKI...(inilah jawapan saya dulu juga) tapi terdengar ceramah ustaz mana ntah...jawab macam ni dengan yakin...BULAN DEPAN SAYA PREGNANT, DOAKAN YE...SAYA SEDANG BERUSAHA NI...DOAKAN YE...apa yang kita sebut itu doa, dan kita tak tahu bila malaikat aminkan kata-kata kita...

ops terpanjang pulak post ni...maaf jika kata-kata saya agak kasar menyebabkan ada hati yang terguris...niat saya hanya untuk membantu pasangan yang senasib dengan saya...

2 comments:

  1. semua pd ketentuan Allah

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, itu tak dinafikan tapi dalam masa yang sama kita mesti berusaha

      Delete

Terima kasih kerana meninggalkan komen. Jangan serik untuk singgah lagi ke blog ini

Popular Posts

CADANGAN SUPLEMEN UNTUK SEMUA MASYARAKAT

Anti – Aging
Vivix

Anti- Oxidant

Carotomax,Vitamin C, Vitamin E, Vivix

Asma, Sinus (Resdung),Alergik, (Gegata), Ekzema
Alfalfa,Vitamin B Complex, Vitamin C { ( + Herbal Blend) untuk Ekzema}

Set Menyusu
Vita-Lea,Vitamin B Complex, Vitamin C, Alfalfa, ESP, Ostematrix, Omega Guard, PD

Kesihatan Kanak-kanak
Chewable Vita-Lea, Chewable Vitamin C, Omega Guard, Mealshake

Set Pantang
Vita-Lea,Vitamin B- Complex, Vitamin C, Zinc, Vitamin E, ESP,

Set Diabetis
GLA – Complex, Vitamin C, Vivix, Zink, CoQ Health, Vitalea, ESP

Set Gout
PD, Omega Guard, Alfalfa

Set Penggiat Imun
Nutriferon, Vivix, Vit C, coQ Health

Set Darah Tinggi
Omega Guard, CoQ Health, Garlic

Kesihatan Lelaki
Vita– lea, Vitamin B – Complex, Vitamin C, Vitamin E, Ostematrix, Omega Guard, PD

Wanita Mengandung
Vita– Lea, Vitamin B- Complex, Vitamin C, ESP, Ostematrix, Omega Guard

Rawatan Kulit
Vitamin B – Complex, Vitamin C, Vitamin E, ESP, Ostematrix, Vivix

Set Pengurusan Berat
Lecithin, Cinch Shake Mix, Cinch Energy Tea Mix

Individu Yang Tidak Meminati Tablet atau kapsul
Mealshake, Cinch, ESP, Vivix, Nutriferon

Search