Followers

DISCLAIMER

Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan


Friday, May 15, 2015

14 TIPS MEMILIH SUPPLEMENTS

Assalamualaikum...hai everybody...
apa khabar semua? harap semuanya sihat belaka...orang kata zaman sekarang kita wajib ambil supplement...dunia kita dah tercemar, jadi nutrisi secara semula jadi susah kita nak dapat secara optimum...sebab itu kita perlukan supplements dalam pemakanan kita...tapi supplements mana yang patut kita pilih...supplements mana yang terbaik...jadi post saya harini tentang 14 tips memilih supplements...

Bagaimana memilih produk supplement yang bermutu tinggi?
Berikut merupakan soalan-soalan yang harus anda tanyakan kepada pembekal supplemen anda untuk memastikan anda mendapat produk yang berkualiti tinggi dan produk nutrisi yang dirumuskan secara saintifik. Jangan berpuas hati dengan kekurangan walaupun sedikit...pastikan duit yang anda laburkan untuk membeli supplement berbaloi dengan hasilnya...

1) Siapa SYARIKAT PENGILANG produk supplemen?

Syarikat yang menjual produk supplemen mungkin tidak mengeluarkan produk mereka. Kemungkinan mereka hanya mengedarkan produk tersebut. Sila lihat pada label botol supplemen tersebut. Manufactured by...Product owner...imported by...produk supplemen terbaik akan dikeluarkan dan diedarkan oleh syarikat yang sama bagi memastikan KUALITI terjamin.


2) Adakah pengeluar supplemen mematuhi prosedur FDA bagi PERKILANGAN yang baik?

Adakah produk supplemen anda berada di bawah Prosedur Pengilangan Baik FDA (GMP). GMP ialah garis panduan kawalan kualiti bahawa industri farmasiteukal perlu mematuhi peruntukan undang-undang. Prosedur ini tidak diperlukan oleh industri supplemen namun syarikat-syarikat yang terkenal adalah mereka yang sedia untuk mematuhi garis panduan ini. Hal ini demikian bagi memastikan supaya produk tidak mempunyai bahan-bahan yang beracun yang akhirnya terpaksa ditarik balik dari pasaran yang menyebabkan kerugian kepada syarikat supplemen.

3) Adakah produk supplemen anda menjalani UJIAN KUALITI ke bahan-bahan mereka?

Setiap kelompok produk supplemen perlu mempunyai bahan-bahan mentah yang dianalisis untuk kualiti dan kemujaraban. Produk supplemen yang terbaik mestilah melalui sebanyak 300 ujian kualiti pada setiap produk mereka. Buktinya setiap ujian kualiti itu dimasukkan dalam jurnal untuk rujukan.

Wednesday, May 13, 2015

REZEKI...YANG MANA ENGKAU SYUKURI?



🍪 Konsep Rezeki Pertama

Kita usaha dan kita dapat. Contohnya, kita bekerja dan kita dibayar gaji. Itulah bentuk rezeki pertama. Kita selalu nampak rezeki yang ni.

🌂 Konsep Rezeki Kedua

Rezeki yang kita usaha, tapi bukan untuk kita.

Contohnya, kita dah dapat gaji tadi, tiba-tiba kereta rosak atau mungkin handphone hilang. Atau, kita beri pinjamkan duit kepada orang lain.

Contoh yang lain, adalah bersedekah, memberikan bahagian rezeki kita untuk orang lain.

Banyak orang yang tak nampak rezeki bahagian ni. Sedangkan ini adalah rezeki juga. Banyak daripada kita bila tiba rezeki ni, kita complain, kita banyak merungut dan menyalahkan takdir, menyalahkan segala-galanya. Kan?

Sebenarnya, Tujuan Allah aturkan rezeki begini untuk kita adalah kerana nak menyucikan harta kita. Tujuannya nak mengampunkan dosa kita. Tujuannya nak beri kita nikmat yang lebih banyak Tapi kita mesti diuji terlebih dahulu.

🎈 Konsep Rezeki Ketiga

Rezeki yang kita tak usaha pun, tapi kita dapat. Masya Allah, cuba bayangkan, kita tak usaha pun, tapi kita dapat, punyalah sayang betul Allah kat kita ni. Banyak rezeki bahagian ni yang kita selalu lupa dan selalu tak nampak.

Apa contoh bentuk rezeki ketiga ni? Antaranya, tiba-tiba ada orang belanja makan steamboat, kita usaha tak? Tapi Allah datangkan steamboat melalui orang tadi tu untuk kita.

Contoh lain, kemudahan dalam menuntut ilmu, seronok beribadah. Kemudahan dalam berurusan, tiba-tiba sales meningkat, dilapangkan masa, tak tahu tiba-tiba duit datang daripada mana. Tup-tup ada orang sponsor kita pergi Umrah, Haji dan sebagainya. Kita tak usaha pun, tapi Allah bagi hadiah ni untuk kita. Seronok kan?

Punyalah banyak nikmat Allah beri ni, tapi kita tak bersyukur. Kalau check balik Surah Ar Rahman, Allah ada ingatkan,

📌 “Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?”

Allah terangkan dalam surah tu, banyaknya rezeki yang diturunkan, tapi kita yang tak bersyukur. Selang satu ayat Allah ingatkan kita dengan ayat di atas. Malu rasanya dengan Allah. Sebab kita hanya banyak complain dari beryukur. kan?

Untuk datangnya rezeki yang ketiga ni, kita mesti melalui rezeki yang kedua DULU. Sebab tulah, tiba-tiba peti ais rosak, amaun tu cukup-cukup sahaja nak bayar. Kereta pulak rosak, macam tau-tau sahaja cukup-cukup baki bulan tu.

Sebab apa? Sebab salah kita yang tak keluarkan terlebih dahulu. Mungkin kita kurang memberi sedekah! Sebab tu lah Allah tarik sikit nilai dari rezeki tu, nak bagi kita share jugak dengan orang lain. Supaya rezeki kita tu dapat disucikan, supaya dosa kita dapat diringankan.

Masya Allah punya sayang Allah kat kita, dia ampunkan dosa kita, ringankan tanggungan azab kita ni, tapi bila tiba sahaja benda rosak, barang hilang, orang pinjam duit tak bayar, kita nak marah-marah. Kita geram kat Allah dan complain. Betul tak?

🍫 Konsep Rezeki Keempat

Mudah sahaja nak faham, kita tak usaha, maka tak dapatlah. Orang yang berusaha, maka dia dapat. Man jadda, wa jadda, kata pepatah arab ni.

Nampak dan faham tak konsep rezeki ni?

Rezeki bukan duit semata. Kita selalu nampak rezeki ini adalah harta. Sedangkan rezeki, nikmat Allah ni luas sangat.

🌹 Ilmu adalah rezeki, kawan-kawan yang baik adalah rezeki, kesihatan, kemudahan, kelapangan masa, kasih sayang, kefahaman, jodoh, zuriat, keluarga dan macam-macam lagi! Subhanallah, kalau senaraikan, cuba bayangkan, berapa banyak lagi nikmat yang kita tak bersyukur ni?

Insya Allah, bila kita faham konsep rezeki ni, kita akan lebih bersyukur, kita akan lebih mengenali indahnya, baiknya Allah ni. Alhamdulillah.

Friday, May 8, 2015

ECZEMA...JOM KENALI ECZEMA



Assalamualaikum...hi bloggers...
semalam dalam group wa, ada kawan2 yang mengadu anak mereka menghidap eczema...risau ibunya anak tergaru-garu...saya hanya menjadi pembaca setia tanpa memberi sebarang komen...dalam masa yang sama saya nak bantu kawan2 saya ni...jadi saya pun buatlah bacaan sikit tentang penyakit eczema...

PHYTOCOL-ST (Menurunkan kolestrol secara semulajadi)






assalamualaikum...
selamat malam semua...tentu ramai yang dah diulit mimpi...saya terasa makin bersemangat pulak walaupun jam dah pukul 11.40 malam...saya baru balik dari kelas YES...apa YES?? nantilah saya share...

Malam ni saya nak share salah satu produk yang promo bulan ni iaitu Phytocol-ST (menurunkan kolestrol secara semulajadi)...

Saturday, April 18, 2015

FALSAFAH BUAH-BUAHAN

🌽🍌🍍🍠🍇🍈🍓🍅

Falsafah buah oleh Ustaz Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man

Falsafah Buah-buahan  ... .......
🌽🌽🌽🌽🌽🌽🌽

1. Jadilah buah jagung, jangan jadi buah gajus.
Jagung membungkus bijinya yang banyak, sedangkan buah gajus menunjukkan bijinya yang cuma ada satu.
Maksudnya : Jangan suka menunjuk-nunjuk harta, ilmu dan sebagainya.

🍌🍌🍌🍌🍌🍌🍌

2. Jadilah Pokok pisang.
Pokok pisang kalau berbuah hanya sekali, kemudian mati.
Maksudnya : Kesetiaan dalam perkahwinan.

🍍🍍🍍🍍🍍🍍🍍

3. Jadilah buah durian , jangan buah kedondong.
Walaupun di luarnya penuh dengan kulit yang berduri tajam, tetapi dalamnya lembut dan manis. Hmmm, berbeza dengan kedondong, luarnya licin tapi rasanya agak masam dan di dalamnya ada biji yang berduri.
Maksudnya : Don’t Judge a Book by The Cover.. jangan menilai orang dari luarnya saja.

🍠🍠🍠🍠🍠🍠🍠

4. Jadilah ubi kayu.
Walaupun hidup dalam tanah, tetapi isinya putih bersih.
Maksudnya : Jagalah hati jangan kau nodai dengan kekotoran.

🍇🍇🍇🍇🍇🍇🍇

5. Jadilah setangkai petai, bukan setangkai rambutan.
Tangkai petai memberi makanan yang sama rata ke biji petainya, semua seimbang, tidak seperti rambutan.. ada yang kecil ada yang besar.
Maksudnya : Selalu bersikap adil.

🍈🍈🍈🍈🍈🍈🍈

6. Jadilah kelapa
Semakin tua semakin pekat santannya
Maksudnya : Semakin tua semakin bijaksana dan berguna.

🍅🍅🍅🍅🍅🍅🍅

7. Jadilah manggis. Berapa banyak kelopok bunga di luar kulit, sebanyak itu jugalah ulas isi di dalam. Maksudnya: kena jujur, apa yang ditunjukkan di luar sama seperti apa yang diniatkan di dalam hati.

💝💝💝💝💝💝💝

Kongsilah dgn group lain utk manfaat kita.

💝💝
💝💝💝💝💝

Wednesday, April 15, 2015

RESEPI:LAKSA PENANG STEP BY STEP (KUAH PEKAT, CUKUP MASAM, CUKUP PEDAS)

Assalamualaikum...
hai bloggers...ada tak sesape yang peminat laksa penang macam saya? Saya memang peminat laksa penang...kalo pergi pasar malam atau bazar ramadhan, biasa memang saya akan beli laksa penang...malangnya ramai peniaga yang gunakan ikan sardi  dalam laksa mereka...lebih murah, lebih mudah tapi kurang sedap...setuju tak?
Kelmarin saya teringin makan laksa, alang2 masak jelah...boleh makan banyak....

Bahan-bahan yang diperlukan untuk memasak laksa ialah...

Bahagian A
Laksa 1kg (saya guna laksa basah) dicelur dalam air panas kemudian dibasuh dengan air paip dan ditoskan

Bahagian B (kuah)
1kg setengah ikan kembung/ikan selar kuning/ikan mata besar direbus kemudian isi ikan diasingkan daripada tulang dan diblend dimasukkan dalam periuk
Tulang dan kepala yang diasingkan isi juga diblend hancur kemudian ditapis...air tulang diambil, (hampas diberi pada kucing hehehe)
1 biji bawang besar dikisar
6 ulas bawang putih dikisar
seinci belacan dikisar
20 helai daun kesum
2 batang bunga kantan dipotong dua, batangnya juga saya ambil
Cili boh secawan (saya guna cili boh maz dalam cawan)
6 keping asam keping
Air asam jawa
Air 3cawan
garam secukup rasa
Setiap bahan dimasukkan dalam periuk sambil dikacau perlahan dengan api sederhana besar

Bahagian C (aksesori)
Bawang besar dihiris nipis
timun dipotong panjang
telur direbus
cili api dihiris
Limau nipis dipotong dua

Selamat mencuba...


Saturday, April 4, 2015

RESEPI: KETAM MASAK LOMAK CILI API (N9 STYLE)

Assalamualaikum...
hi bloggers...dah lunch ke? Kalian lunch ape eh?
Harini saya masak ketam masak lomak cili api negeri sembilan style...masak lomak cili api style negeri sembilan tidak menggunakan walau sebiji bawang samada bawang kecil atau bawang putih...

Friday, April 3, 2015

KERANG SAMBAL SINCE 1986

Assalamualaikum...
hai bloggers...harini kebetulan saya dan suami cuti sama...susah nak dapat cuti sama...almaklumlah cuti JB dan Singapore tak sama...jadi kesempatan cuti ni kami pun balik kampung saya di Senggarang, Batu Pahat. Cuti sehari kami habiskaj di kampung...seronok rasanya dah lama tak balik.

Tiba-tiba mak tanya ko pernah g KLCC? Aku cakap tak pernah, suami pulak kata pernah...KLCC mana ni? Bukan KLCC kat KL ke? Mak kata bukan, ni KLCC dekat Rengit...wah apa plak tempat KLCC ni...khabarnya kat situ ada jual macam2 barang2 org Singapore kira barang second yang masih boleh guna lagi...memamng macam2 ada, ada barangan eletrik (mesin basuh, fridge, periuk nasi, microwave,, dryer baju, , vacuum, iron stim, kipas) barangan baby (stroller, katil baby, mainan baby, walker, buaian, car seat, meja makan baby)...perabot (sofa, kabinet, meja makan, almari) ni baru sebahagian barangan yang ada kat situ...memang mabuklah tengok  macam2 barang...lokasi KLCC ni berdekatan dengan MEdan niaga Rengit...ada bangunan batu dan bangunan kayu...cakap je nak barang apa, insya allah ada...harga boleh dirunding...memang sesuai untuk pengantin baru yang baru nak mulakan kehidupan...atau untuk yg duduk rumah sewa...

Thursday, April 2, 2015

SANTAI-SANTAI OTAK...JANGAN STRESS YA

Santai santai otak sikit...........

Pemuda : Baguslah ternakan biri-biri pakcik. Bol eh saya tanya beberapa soalan tak?

Pakcik : Boleh aje...

Pemuda : Berapa jauh biri-biri ni berjalan setiap hari?

Pakcik : Yang mana, yang putih atau yang hitam?

Pemuda : Yang putih.

Pakcik : Kalau yang putih berjalan lebih kurang enam kilometer setiap hari.

Pemuda: Yang hitam?

Pakcik : Yang hitam pun sama...

Pemuda : Berapa banyak pulak rumput biri-biri ni makan setiap hari?

Pakcik : Yang mana, yang putih atau yang hitam?

Pemuda : Yang putih.

Pakcik : Ah, yang putih makan lebih kurang empat kilo rumput setiap hari.

Pemuda : Dan yang hitam?

Pakcik : Yang hitam pun sama...

Pemuda : Berapa banyak bulu yang mereka hasilkan setiap tahun?

Pakcik : Yang mana, yang putih ke yang hitam?

Pemuda : Yang putih.

Pakcik : Aaa.. Yang putih menghasilkan sekitar enam kilo bulu setiap tahun.

Pemuda : Dan yang hitam?

Pakcik : Yang hitam pun sama....

Pemuda : Kenapa pakcik membezakan biri-biri pakcik yang putih dan yang hitam, padahal jawapan semuanya sama aje?

Pakcik : Mestilah... Sebab biri-biri yang putih itu pakcik yang punya.

Pemuda : Ooo, gitu ke... Habis tu yang hitam tu siapa punya?

Pakcik : Yang hitam pun sama...

😄😄
Relax relax sebentar.

GST... OH GST

Lari tajuk jap tp penting kita #ambiltahu sebagai pengguna

Cukai Gst 6% akan dilaksanakan pada 1 April 2015 (Rabu) menggantikan Cukai SST kini antara 5% hingga 20%

#kenaikan
Antara barang yang dijangka alami kenaikan harga adalah barangan seperti Handphone
kerana kerajaan telah mansuhkan cukainya sebelum ini.
Contoh
Rm500 + 0% = Rm500
Rm500 + 6% = Rm530

Popular Posts

CADANGAN SUPLEMEN UNTUK SEMUA MASYARAKAT

Anti – Aging
Vivix

Anti- Oxidant

Carotomax,Vitamin C, Vitamin E, Vivix

Asma, Sinus (Resdung),Alergik, (Gegata), Ekzema
Alfalfa,Vitamin B Complex, Vitamin C { ( + Herbal Blend) untuk Ekzema}

Set Menyusu
Vita-Lea,Vitamin B Complex, Vitamin C, Alfalfa, ESP, Ostematrix, Omega Guard, PD

Kesihatan Kanak-kanak
Chewable Vita-Lea, Chewable Vitamin C, Omega Guard, Mealshake

Set Pantang
Vita-Lea,Vitamin B- Complex, Vitamin C, Zinc, Vitamin E, ESP,

Set Diabetis
GLA – Complex, Vitamin C, Vivix, Zink, CoQ Health, Vitalea, ESP

Set Gout
PD, Omega Guard, Alfalfa

Set Penggiat Imun
Nutriferon, Vivix, Vit C, coQ Health

Set Darah Tinggi
Omega Guard, CoQ Health, Garlic

Kesihatan Lelaki
Vita– lea, Vitamin B – Complex, Vitamin C, Vitamin E, Ostematrix, Omega Guard, PD

Wanita Mengandung
Vita– Lea, Vitamin B- Complex, Vitamin C, ESP, Ostematrix, Omega Guard

Rawatan Kulit
Vitamin B – Complex, Vitamin C, Vitamin E, ESP, Ostematrix, Vivix

Set Pengurusan Berat
Lecithin, Cinch Shake Mix, Cinch Energy Tea Mix

Individu Yang Tidak Meminati Tablet atau kapsul
Mealshake, Cinch, ESP, Vivix, Nutriferon

Search