assalamualaikum...
selamat malam semua...tentu ramai yang dah diulit mimpi...saya terasa makin bersemangat pulak walaupun jam dah pukul 11.40 malam...saya baru balik dari kelas YES...apa YES?? nantilah saya share...
Malam ni saya nak share salah satu produk yang promo bulan ni iaitu Phytocol-ST (menurunkan kolestrol secara semulajadi)...
Awal tahun ini, saya dikejutkan dengan berita...kawan saya yang berumur akhir 30an disahkan menghidap sakit jantung, bila dengar berita tu memang saya terkesima jugaklah...kelihatan kawan saya seorang yang cergas, lincah...siapa sangka dia ada sakit jantung...satu sekolah terkejut...macam tak sangka...tapi itulah kenyataan yang terpaksa ditanggung oleh kawan saya...
Saya sangat takut kalau saya ditempat kawan saya...mahunya tak takut sakit jantung...jantung tak pernah berhenti berdegup...sekali berhenti kita yang pergi...dan KOLESTROL adalah antara faktor risiko untuk penyakit jantung. Dan jangan tak tahu Kolestrol ada yang baik (HDL) dan ada kolestrol yang jahat (LDL)...yang badan kita perlukan adalah kolestrol yang baik iaitu HDL dan kita perlu awasi kolestrol jahat LDL...
Tahap kolestrol yang tinggi adalah faktor utama untuk mendapat penyakit jantung dan satu cara untuk mengurangkan risikonya adalah dengan mengurangkan jumlah keseluruhan kolestrol dan juga kolestrol LDL. Kajian menunjukkan sebatian semula jadi yang dipanggil sterol dan stanol tumbuhan, bila ditambah ke dalam diet akan mengurangkan kolestrol dengan amat ketara sekali. Sterol dan stanol wujud secara semula jadi di dalam tumbuhan, buahan, sayuran dan bijirin.
Perbezaan Shaklee
Phytocol-ST adalah formulasi proprietari dengan bahan-bahan yang terbukti secara klinikal membantu penyerapan kolestrol dan menurunkan kolestrol LDL- dibuat dengan gabungan sterol dan stanol yang wujud secara semulajadi dalam tumbuhan, buahan, sayuran dan bijirin
- membekalkan 2000 mg sterol dan stanol tumbuhan setiap hari
- sterol dan stanol tumbuhan telah terbukti secara klinikal dalam lebih 0 kajian untuk menurunkan kolestrol LDL
- membekalkan 100% saranan National Institutes of Health's (NIH) untuk sterol dan stanol tumbuhan setiap hari
- bebas dari kandungan Gluten
- Disahkan dengan Star-K Kosher
Bagaimana berfungsi?
Sterol dan stenol tumbuhan akan dimakan dari makanan atau supplemen. Oleh kerana struktur mereka sama dengan kolestrol, mereka bersaing untuk penyerapan dan seterusnya menurunkan tahap kolestrol dalam usus. Sterol dan stanol tumbuhan akan terikat kepada reseptor dalam usus dan meninggalkan kolestrol di belakang. Keputusannya adalah sedikit kolestrol yang dibebaskan dalam salur darah. Dengan kata lain, sterol dan stenol ni akan buat macam pondok tol dalam salur darah, hanya kolestrol baik yang boleh lalu bila disentuh, kolestrol jahat tak dibenarkan masuk...kan bagus macam tu...Siapa yang perlukan?
- Sesiapa yang mempunyai tahap kolestrol yang tinggi dan mahu cara yang semula jadi untuk menurunkan kolestrol mereka tanpa menggunakan dadah
- penghidap sakit jantung
- orang yang hipertensi
- seseorang yang strok
Cadangan Set Kolestrol
Sangat elok jika diambil bersama dengan Omega Guard dan Lecithin
set kolestrol
Q & A tentang phytocol... baca di sini http://syikinhashim.blogspot.com/2014/06/q-phytocol-st.html
Q & A tentang phytocol... baca di sini http://syikinhashim.blogspot.com/2014/06/q-phytocol-st.html
No comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana meninggalkan komen. Jangan serik untuk singgah lagi ke blog ini