PERKONGSIAN:
Berkorban seekor kambing atau sbhgn drpd lembu/unta utk satu keluarga juga trmasuk dari sunnah baginda Rasulillah sallallahu 'alaihi wasallam..
Dari 'Urwah bin az-Zubair, dari 'Aisyah radhiyallahu 'anha beliau berkata:
"Bahawa Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam memerintahkn (agar dbawakan kpd baginda) seekor kibasy yg brtanduk, hitam kaki2nya, perutnya hitam dan skitar matanya hitam. Maka kibasy itu pn dbawakn kpd baginda utk dsembelih sbg korban, seterusnya baginda bersbda:
"Wahai 'Aisyah, ambilkan pisau". Lalu baginda brsabda, "Tajamkanlah (asahlah) pisau itu dgn batu." 'Aisyah pn melaksanakan perintah trsebut. Lalu Nabi mngambil pisau trsebut, mmgambil kibasy dan membaringkannya lalu brsedia utk mnyembelihnya. Kemudian Baginda membaca:
"Bismillah (dgn nama Allah), ya Allah terimalah dari Muhammad, klrga Muhammad dan dari umat Muhammad!" Lalu baginda pn mnyembelihnya."
(Sahih Muslim, no. 1967, Sunan Abi Daud, no. 2792).
Imam al-Qurthubi rahimahullah berkata:
"Tidak dnukilkan bhwa Nabi sallallahi 'alaihi wasallam memerintahkn setiap isterinya utk mnyembelih korban masing2, sedangkn pelaksanaan korban sntiasa berulang saban tahun dan isteri Nabi juga ramai. Biasanya prkara spt ini pasti telah dnukil (atau diriwayat) jika memang benar2 trjadi sbgaimana dnukilnya byk prkara2 juz'iyyat lainnya. Perkara ini dkuatkn lg dgn riwayat yg dkeluarkan oleh imam Malik, Ibnu Majah, dan at-Tirmidzi dan disahihknnya dari jalur 'Atho' bin Yasaar, bhwa beliau brtanya kpd Abu Ayyub al-Ansori radhiallahu 'anhu, "Bagaimanakh pnyembelihan haiwan korban pd zmn Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam?". Maka beliau mnjwb, " Seorg shbt biasanya mnyembelih seekor kambing utk dirinya dan ahli klrganya, lalu mereka mkn dan memberi mkn (kpd org miskin), sampailah akhirnya org2 pn mula membangga-banggakn diri (dgn sembelihan korban mereka), shingga trjadilah apa yg engkau lihat saat ini."
(Sunan at-Tirmidzi, no. 1505. Dinilai sahih oleh imam at-Tirmidzi).
Imam Malik bin Anas rahimahullah (wafat:179) berkata:
"Penjelasan yg paling baik yg aku dengar tentang 'al-badanah' (korban dgn unta), lembu, atau kambing, adalah seseorg lelaki dia boleh menyembelih seekor unta, lembu atau kambing utk dirinya dan utk klrganya sekaligus. Dialah pemiliknya, dan dia mnyembelihnya bg mereka dlm msa yg sama dan brkongsi dgn mereka pd satu haiwan trsebut (sbg korban)."
(Muwattho' Malik, no. 1771- tahqiq al-A'dzami)
Imam an-Nawawi rahimahullah (wafat:676H) berkata:
"Dibolehkan berkongsi 7 org utk seekor unta atau seekor lembu dlm berkorban. Sama ada mereka itu dari satu keluarga atau berlainan keluarga, atau sbhgn dari mereka yg hanya mnginginkan dagingnya. Dan ini telah mencukupi bg setiap anggota klrga bg setiap yg brkorban (iaitu: satu bhgn mncukupi utk satu klrga), sama ada utk sembelihan korban nazar atau tathawwu' (sunnah). Ini adalah pndpt mazhab kami (as-Syafi'i). Dan dgnnya imam Ahmad dan jumhur brpendapat.
(Al-Majmu' Syarah al-Muhazzab, 8/372).
Dari imam as-Sya'bi, seorg tabi'in, dari sahabat Nabi Sariihah beliau brkata:
"Aku membuatkn klrgaku tidak senang setelah apa yg aku ketahui dari sunnah bhwa satu klrga boleh berkorban dgn seekor atau dua ekor kambing. Dan skrg jiran tetangga kami mnganggap kami kedekut."
(Sunan ibnu Majah, no. 3128)