Followers

DISCLAIMER

Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan


Tuesday, September 1, 2015

6 KESALAHAN KETIKA BERDIET YANG ANDA MESTI TAHU



Assalamualaikum...
hi bloggers...sedang saya menonton Singapore Votes 2015 (suatu rancangan forum yang memanggil wakil bagi setiap parti yang bertanding, masing-masing diberikan ruang untuk bersuara dalam keadaan terkawal, menanti bilakah Malaysia akan ada rancangan begini), ops tercerita tentang politik pulak...jangan marah...sambil tu tangan belek2 majalah isihat yang baru saya beli semalam...ada satu tajuk yang menarik perhatian saya...6 kesalahan ketika berdiet...best kan tajuk ni...

 Di sekolah saya sekarang, ramai cikgu-cikgu yang sedang berdiet...ada yang sedang DIET ATKINS, ada yang sedang DIET NASI...ada yang DIET IKUT-IKUT...DIET DAGING2...hahaha pandai-pandai je saya bahagikan diet kepada jenis2...DIET ATKINS diet yang menolak karbohidrat (biasanya mereka makan protein sahaja), DIET NASI berdiet tapi masih makan nasi sayalah tu, DIET IKUT-IKUT, yang paling tak boleh ikut...hanya mengikut orang lain berdiet, bila kawan dh stop diet dia pun stop diet...DIET DAGING-DAGING...Hanya makan sayur-sayur...kalaupun ada makan daging namun jumlah yang sedikit...contohnya VEGETARIAN dan penghidap GOUT...


Saya memang seorang kuat makan, setiap hari saya MESTI makan nasi...Kalau tak jumpa nasi, mulalah saya akan menggigil...mak mertua dah tau sangat...eh kin blom makan nasi mulalah dia siapkan nasi...betapa rasa bertuahnya menantu ni hehehe...paling-paling saya mesti makan nasi 2x...rasa macam tak cukup...rasa macam tak kenyang je kalau makan nasi sikit...ni yang saya alami di awal2 perkahwinan saya...makan nasi makan nasi tanpa risau gemuk...tapi biasalah umur meningkat metabolisme makin menurun...saya pun join group saya nak kurus (walaupun saya taklah gemuk sangat tapi kita sendiri tahu bila badan kita makin naik)

Rupa-rupanya saya dah melakukan sekurang-kurangnya 5 kesalahan diet ni...ok back to the topic...6 kesalahan ketika berdiet ialah...

1) Tidak makan pada waktunya

Untuk mendapat berat yang ideal, kita perlu patuh kepada waktu makan. Jangan dibiarkan perut berada dalam keadaan lapar terlalu lama, akibatnya kita akan cenderung untuk makan lebih banyak daripada yang sepatutnya. Kita digalakkan MAKAN 5X sehari (tak percaya ke?) percayalah kerana ianya benar...5x iaitu Sarapan, Minum Pagi, Makan Tengah Hari, Minum petang, Makan malam (teringat masa duduk kat asrama makan 6x sebab ada supper)...SARAPAN wajib ambil ye...walaupun hanya secawan susu dan sekeping roti...MAKAN 5X jangan pulak makan nasi 5x tau...makan 5x tapi makan nasi hanya sekali (sanggup tak?)...dahla makan sekali tapi nasi bukan segunung...nasi hanya segenggam...makan 5x supaya perut tak menghantar isyarat dia ni lapar...mesti makan banyak...sebab tu bila makan macam naga...cuba disiplinkan diri 4 jam sekali saya mesti makan walaupun hanya makan biskut...yang penting jangan BRUNCH (BREAKFAST + LUNCH) atau LUNTEA (LUNCH + TEA) atau DIPPER (DINNER + SUPPER) lagi sekali pandai2 je menambah istilah hahaha...tapi memang ada kan macam ni...saya sibuk sangatlah tak sempat makan...tu yang combine waktu makan...contoh saya dan suami sekarang wajib minum SUSU + ESP + CINCH waktu sarapan, makan biskut pukul 10 (minum pagi) thari makan nasi, minum petang biskut/pisang goreng malam makan buah-buahan/mihun sup...yang penting sarapan jangan tinggal, makan malam jangan terlalu lewat

2) Makan dengan laju

Pernah tak alami macam ni...awak makan dengan kawan, kawan makan laju...bila kita tengok eh lajunya dia ni makan macam nak kejar keretapi...bila kita makan laju, makanan kurang terhadam menyebabkan kita cepat habis namun dalam masa yang pendek, kita akan cepat rasa lapar...sebab tu hadis Nabi ada yang mengatakan baginda kunyah 40kali setiap kali suapan...40 kali tau...bukan 4 kali...makan perlahan-lahan, kalaupun tak dapat 40 kali at least kita kunyah 30 kali makanan, jadi tempoh perut kita penuh akan lebih lama...kunyah sikit sakit perut dah membuang...lapar balik hahahha

3) Makan banyak pada hujung minggu

Macam nak balas dendam...6 hari makan bertahan-tahan, bila hari minggu makan macam-macam...lagi2 hari minggu biasa ada kenduri kawen lah...open house lah...samalah macam masa bulan ramadhan, sebulan jaga makan tapi time raya, habis langgar semua...

4) Memilih snek yang tinggi garam

Sekarang ni terlalu banyak makanan yang tinggi garam...selain garam, ada bahan perisa aji (MSG) banyak gula tiruan...dan kehidupan kita sekarang yang semuanya nak segera menyebabkan fastfood menjadi pilihan utama...tak kira masa...dan sekarang berlambak kedai makan yang buka 24 jam...itu sebabnya kita dah dengar kes-kes penyakit orang tua dulu dah ada pada orang muda sekarang...dan orang sekarang lebih selalu makan di luar...jika makan di rumah, mungkin isteri atau ibu boleh mengawal kadar pengambilan garam, gula dalam masakan

5) Makan depan televisyen kemudian tidur 

Akibat terlalu penat, kadang-kadang kita makan dan tertidur depan televisyen...menyebabkan perut kita terpaksa bekerja keras untuk menghadamkan makanan yang dimakan...cuba biasakan makan awal seperti orang cina yang makan malam seawal pukul 6 petang supaya perut kita sempat menghadamkan makanan sebelum kita tidur...kalaupun pukul 9 tu terasa lapar boleh potong-potong buah makan buah je...ataupun makan sup je...

6) Minum alkohol 

Tak tahu nak komen apa sebab memang tak minum arak...cuma saya yakin tentu ada hikmahnya Allah mengharamkan kita minum arak 

2 comments:

Terima kasih kerana meninggalkan komen. Jangan serik untuk singgah lagi ke blog ini

Popular Posts

CADANGAN SUPLEMEN UNTUK SEMUA MASYARAKAT

Anti – Aging
Vivix

Anti- Oxidant

Carotomax,Vitamin C, Vitamin E, Vivix

Asma, Sinus (Resdung),Alergik, (Gegata), Ekzema
Alfalfa,Vitamin B Complex, Vitamin C { ( + Herbal Blend) untuk Ekzema}

Set Menyusu
Vita-Lea,Vitamin B Complex, Vitamin C, Alfalfa, ESP, Ostematrix, Omega Guard, PD

Kesihatan Kanak-kanak
Chewable Vita-Lea, Chewable Vitamin C, Omega Guard, Mealshake

Set Pantang
Vita-Lea,Vitamin B- Complex, Vitamin C, Zinc, Vitamin E, ESP,

Set Diabetis
GLA – Complex, Vitamin C, Vivix, Zink, CoQ Health, Vitalea, ESP

Set Gout
PD, Omega Guard, Alfalfa

Set Penggiat Imun
Nutriferon, Vivix, Vit C, coQ Health

Set Darah Tinggi
Omega Guard, CoQ Health, Garlic

Kesihatan Lelaki
Vita– lea, Vitamin B – Complex, Vitamin C, Vitamin E, Ostematrix, Omega Guard, PD

Wanita Mengandung
Vita– Lea, Vitamin B- Complex, Vitamin C, ESP, Ostematrix, Omega Guard

Rawatan Kulit
Vitamin B – Complex, Vitamin C, Vitamin E, ESP, Ostematrix, Vivix

Set Pengurusan Berat
Lecithin, Cinch Shake Mix, Cinch Energy Tea Mix

Individu Yang Tidak Meminati Tablet atau kapsul
Mealshake, Cinch, ESP, Vivix, Nutriferon

Search